Saturday August 12, 2017
12:15 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Trend menurun di Bursa Malaysia dijangka berterusan minggu depan kesan ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara.—Foto BernamaTrend menurun di Bursa Malaysia dijangka berterusan minggu depan kesan ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara.—Foto BernamaKUALA LUMPUR, 12 Ogos — Trend menurun di Bursa Malaysia dijangka berterusan minggu depan ketika selera risiko untuk ekuiti kekal lembap kerana penggiat pasaran menunggu perkembangan positif daripada ketegangan geopolitik Amerika Syarikat-Korea Utara bagi meningkatkan sentimen.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Nazri Khan Adam Khan, berkata sentimen berhati-hati berikutan ancaman nuklear di samping kejatuhan harga komoditi serta penyusutan ringgit berbanding dolar US, akan terus menyebabkan pelabur enggan memasuki pasaran.

Bagaimanapun, katanya, keadaan ekonomi yang lembap hanya untuk sementara kerana penganalisis berpendapat, ia hanya retorik dan kewarasan (berkaitan ancaman pelancaran peluru berpandu) akan kekal.”

“Di pasaran tempatan, asas ekonomi masih kukuh dengan pertumbuhan eksport yang mantap baru-baru ini, antara prestasi terbaik serta beberapa pengumuman pendapatan korporat yang positif. Saya berpendapat Bursa akan kembali neutral minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Nazri berkata, paras sokongan untuk minggu depan akan berada pada 1,760 dan 1,750, kerana keadaan semasa akan menawarkan peluang pembelian yang besar kepada pelabur untuk mengumpul saham di bawah nilai.

Untuk minggu baru berakhir, penanda aras FBM KLCI merosot 7.57 mata kepada 1,766.96 berbanding 1,774.53 minggu lepas.

Pergerakan dagangan hanya dipengaruhi turun naik harga minyak di samping perkembangan luaran, terutama ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Korea Utara.

Presiden AS, Donald Trump berjanji akan memberi tindak balas secara paling keras kepada sebarang ancaman Korea Utara dan Pyongyang pula menimbang untuk melancarkan peluru berpandu ke atas Guam sebagai respons terhadap kenyataan Trump tersebut.

Pada asas mingguan, Indeks Emas FBM merosot 117.43 mata kepada 12,502.44, Indeks FBMT 100 susut 92.27 mata kepada 12,175.92, Indeks Syariah Emas FBM jatuh 131.54 mata kepada 12,612.47, FBM 70 berkurang 263.2 mata kepada 14,693.55 dan FBM Ace turun 267.63 mata kepada 6,308.78.

Pada asas sektor, Indeks Kewangan merosot 105 mata kepada 16,717, Indeks Perladangan menyusut 62.93 mata kepada 7,787.85 dan Indeks Perusahaan jatuh 31.23 mata kepada 3,234.1.

Jumlah dagangan melonjak kepada 8.45 bilion unit bernilai RM9.08 bilion berbanding 7.31 bilion unit bernilai RM9.79 bilion minggu lepas.

Volum Pasaran Utama meningkat sedikit kepada 5.57 bilion saham bernilai RM8.35 bilion berbanding 5.10 bilion saham bernilai RM8.87 bilion Jumaat lepas.

Volum waran menguncup kepada 826.86 juta unit bernilai RM125.62 juta berbanding 1.20 bilion unit bernilai RM173.04 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 1.99 billon saham bernilai RM568.7 juta berbanding 2.40 bilion saham bernilai RM733.74 juta. — Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline