Sunday August 6, 2017
3:39 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sejenis racun lipas yang didakwa dimasukkan oleh seorang pelajar ke dalam mi goreng yang dimakan rakannya — Foto ihsan Facebook/Borneo Sejenis racun lipas yang didakwa dimasukkan oleh seorang pelajar ke dalam mi goreng yang dimakan rakannya — Foto ihsan Facebook/Borneo KUCHING, 6 Ogos — Pelajar yang termakan mi beracun dan suspek kes tersebut akan dipantau rapi apabila kembali bersekolah selepas digantung.

Mangsa, yang didakwa suka membuli rakan sekelasnya itu, belum kembali setelah digantung sehingga 31 Julai lalu, lapor portal Berita Harian.

Namun suspek telah memulakan kelas seperti biasa dan tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pelajaran, kata pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak.

Rakayah Madon juga berkata jabatan menyifat kes di sebuah sekolah Sri Aman itu serius dan tidak akan bertolak ansur dengan pelajar yang suka membuli.

Pada 20 Julai, polis menahan suspek yang disyaki meletakkan racun lipas dalam mi goreng yang dimakan sehingga mangsa muntah.

Rakannya dilaporkan jatuh sakit beberapa minit selepas menikmati makanan itu yang dibawa suspek dalam insiden 9.30 pagi.

Selepas aduan dibuat ayah mangsa, datuk suspek mendakwa dalam laporan polis bahawa cucunya sering dibuli mangsa, termasuk memeras wang serta makanan.

Polis masih menunggu laporan Jabatan Kimia yang dijangka siap dalam tempoh satu atau dua bulan.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline