Tuesday January 30, 2018
10:26 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Semua pihak perlu akur dengan sistem kehakiman negara, kata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. — Foto oleh Azneal IshakSemua pihak perlu akur dengan sistem kehakiman negara, kata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. — Foto oleh Azneal IshakKUALA LUMPUR, 30 Jan — Semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak guru tadika M. Indira Gandhi kepada Islam oleh bekas suaminya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata walaupun terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, adalah sukar untuk memuaskan hati semua pihak yang akhirnya perlu akur dengan sistem kehakiman negara.

“Saya fikir adalah sangat sukar untuk memuaskan semua orang namun penting bagi kita untuk memastikan kita menghormati sistem, proses dan keputusan yang dibuat adalah demi kepentingan terbaik semua pihak,” kata Presiden Umno itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti, di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan akan menimbang untuk meminda undang-undang berkaitan pertukaran agama anak secara unilateral susulan keputusan mahkamah itu, Najib berkata kerajaan akan melihat mengenai perkara tersebut.

Semalam, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf. — Bernama

Iklan

Iklan

MMO Instagram