Tuesday July 11, 2017
5:57 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

DUN Kelantan memuktamadkan DUN Nenggiri kosong setelah penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani diisytihar muflis. — Paparan skrin GoogleDUN Kelantan memuktamadkan DUN Nenggiri kosong setelah penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani diisytihar muflis. — Paparan skrin GoogleKOTA BARU, 11 Julai — Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini memuktamadkan keputusan kerusi DUN Nenggiri kosong setelah penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani diisytihar muflis baru-baru ini.

Usul berhubung pemuktamadan pengisytiharan kekosongan DUN berkenaan itu diusulkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Datuk Dr Fadzli Hassan (PAS-Temangan), sebelum beberapa wakil rakyat daripada PAS bangun untuk menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut.

Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub kemudiannya memberi peluang kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) melakukan perbahasan namun tiada yang bangkit untuk mengemukakan hujah masing-masing.

Abdullah kemudiannya melakukan undian dengan majoriti 32 ADUN menyokong, manakala sembilan ADUN memilih untuk berkecuali dan tiga ADUN tidak hadir.

DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi.

1 Jun lepas, Abdullah mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong susulan DUN Kelantan menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumkan penyandang kerusi itu Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani daripada Barisan Nasional (BN) telah muflis.

Beliau berkata perkara itu adalah selaras di bawah Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan yang menyatakan seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan (kesnya) tidak layak menjadi ADUN Negeri (Kelantan).

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu (PRU13) Mat Yusoff menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohammad Azihan Che Seman dan calon Bebas Abdul Aziz Mohamed dengan majoriti 3,849 undi. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline