Monday July 17, 2017
4:28 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Statistik menunjukkan pekerja sektor kesihatan merekodkan kadar perceraian tinggi. — Gambar Malay MailStatistik menunjukkan pekerja sektor kesihatan merekodkan kadar perceraian tinggi. — Gambar Malay MailKUCHING, 17 Julai — Kerja syif dalam sektor kesihatan awam terdedah kepada risiko perceraian paling tinggi berbanding sektor awam lain.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata kerja sehingga tiga syif mengakibatkan tahap kepercayaan menipis.

Datuk Azih Muda berkata statistik menunjukkan pekerja sektor kesihatan merekodkan kadar perceraian tinggi, lapor Berita Harian.

“Kalau dulu rasa cinta 100 peratus, lama kelamaan rasa cinta terhadap pasangan semakin berkurang,” katanya.

Namun, beliau tidak menyatakan butiran terperinci statistik tersebut.

Azih berkata masalah itu bertambah buruk apabila elaun kerja syif tidak dibayar sebaliknya diberi cuti ganti sedangkan cuti yang ada belum diambil.

Katanya, ada sektor awam tidak lagi membayar elaun dan kerja lebih masa manakala sebahagian pula membayar separuh, satu pertiga atau tiga perempat daripada jumlah sebenar elaun.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline