Friday September 22, 2017
9:24 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Kereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan dan rosak bahagian belakang akibat pelanggaran tersebut. — Foto oleh Saw Siow FengKereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan dan rosak bahagian belakang akibat pelanggaran tersebut. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 22 Sept — Konvoi kereta dan van yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau sedang dipindahkan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan tengah hari tadi.

Peguamnya R Sivarasa berkata Anwar bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dalam kejadian yang berlaku di persimpangan trafik berdekatan Jalan Saujana Utama, Sungai Buloh pada 12.30 tengah hari.

“Pegawai penjara yang memandu kereta yang membawa Anwar telah menekan brek untuk mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereta pengiring melanggar kereta yang berada di hadapan.

“Kereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat pelanggaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sivarasa berkata Anwar agak terkejut dengan kejadian itu dan dia telah diberikan ubat menahan sakit selepas menerima rawatan di Penjara Sungai Buloh.

Anwar dimasukkan ke HKL sejak 19 Sept selama empat hari untuk menjalani pemeriksaan berjadual. — Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline