Saturday September 16, 2017
9:00 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Kedah mengenal pasti dua daripada lima suspek yang disyaki memukul seorang lelaki tempatan hingga menerima 13 jahitan. — Paparan skrin GooglePolis Kedah mengenal pasti dua daripada lima suspek yang disyaki memukul seorang lelaki tempatan hingga menerima 13 jahitan. — Paparan skrin GoogleALOR SETAR, 16 Sept — Seorang lelaki tempatan cedera parah pada kepala dan terpaksa menerima 13 jahitan pada dahi selepas dipukul  di medan selera Pekan Kulim, tengah malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, lelaki berusia 21 tahun yang berasal dari Taman Rambai II, Kulim itu cedera akibat dipukul lima lelaki menggunakan meja dan kerusi.

“Mangsa juga kehilangan dokumen diri seperti kad pengenalan, lesen memandu, beberapa keping kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai RM50,” katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.

Punca kejadian kerana mereka (suspek) tidak puas hati kerana mangsa memandang suspek,” katanya.

Video kejadian itu turut tular di media sosial yang menunjukkan mangsa dipukul, ditampar dan dihentak dengan kuat menggunakan kerusi di medan selera berkenaan.

Katanya, polis sudah mengenal pasti dua daripada lima suspek berkenaan yang berusia 20-an dan meminta suspek yang selebihnya agar tampil menyerah diri di balai polis berdekatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan 307 Kanun Keseksaan. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline