Last updated Tuesday, December 06, 2016 6:06 pm GMT+8

Wednesday October 19, 2016
12:57 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pusat Perubatan Universiti Malaya (foto) dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz didakwa mengeluarkan surat menuntut pesakit membayar bil. — Paparan skrin GooglePusat Perubatan Universiti Malaya (foto) dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz didakwa mengeluarkan surat menuntut pesakit membayar bil. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 19 Okt — Kementerian Pendidikan Tinggi akan menyiasat dakwaan pesakit diugut melangsaikan bil rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata status pesakit berkenaan juga akan disiasat sama ada merupakan pesara atau sebaliknya.

Beliau menjawab pertanyaan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai rasional di sebalik dakwaan tindakan PPUKM dan PPUM mengeluarkan surat-surat peguam untuk menggugut pesakit dengan menyenarai hitam dan menyaman mereka ke mahkamah kerana gagal melangsaikan bil-bil perubatan.

"Jika pesakit ini pesara, di PPUM dan PPUKM mereka diberi rawatan percuma. Begitu juga untuk Orang Kurang Upaya. Jadi saya minta Yang Berhormat (Tan Kok Wai) serahkan surat itu untuk siasatan teliti," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Yap turut menjelaskan bahawa perkiraan kos rawatan atau caj perubatan di hospital-hospital pengajar ini adalah mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

"Sistem itu turut membuat perbandingan dengan Kementerian Kesihatan dan hospital swasta yang lain dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa perkhidmatan caj dan diluluskan lembaga pengurusan yang turut dianggotai wakil Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan.

"Caj yang kemudiannya diluluskan turut merangkumi 60 peratus subsidi kerajaan bagi memastikan caj rawatan dapat diterima orang ramai," kata beliau.

Yap berkata semua pesakit perlu bertanggungjawab terhadap bil rawatan yang diterima memandangkan PPUM dan PPUKM tidak menawarkan perkhidmatan percuma kepada semua pesakit.

Beliau turut menjelaskan bahawa surat tuntutan hutang yang dikeluarkan oleh syarikat pengutip hutang dilantik PPUM dan PPUKM itu merupakan langkah terakhir selepas beberapa kaedah penyelesaian yang dicadang tidak mendapat maklum balas pesakit atau waris.

Beliau berkata masa yang mencukupi juga diberikan untuk mereka berbincang mengenai kaedah pembayaran sama ada secara ansuran atau mengikut kemampuan.

Pesakit yang layak pula boleh mendapat pengecualian atau pengurangan bil, selain tabung kebajikan. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline