Tuesday February 13, 2018
1:34 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang pelajar maut manakala dua lagi cedera akibat terkena bilah traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR), 13 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/DTTBSeorang pelajar maut manakala dua lagi cedera akibat terkena bilah traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR), 13 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/DTTBGEMAS, 13 Feb — Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas kepalanya terkena bilah traktor mesin rumput pagi ini.

Nur Afini Roslan, 14, terkena bilah traktor yang memesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman (STAR).

Dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun turut cedera dan dibawa ke klinik kesihatan berhampiran, lapor Sinar Harian.

Ketua polis daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata laporan kejadian ada diterima dan siasatan lanjut sedang dibuat.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Iklan

Iklan

MMO Instagram