Last updated Saturday, December 10, 2016 4:42 pm GMT+8

Friday December 2, 2016
1:48 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sekeping alas kaki, yang mengandungi ayat al-Quran, dibeli Kamariah Ali seperti dimuatkan di Facebook peribadinya 29 November 2016.Sekeping alas kaki, yang mengandungi ayat al-Quran, dibeli Kamariah Ali seperti dimuatkan di Facebook peribadinya 29 November 2016.KUALA LUMPUR 2 Dis ― Tidak berniat menghina mana-mana agama, kedai menjual alas kaki meminta maaf kerana kandungan barangnya mempunyai lapisan kertas ayat suci al-Quran.

Ekoran itu 82 cawangan seluruh negara diarah menghentikan semua penjualan alas kaki yang diambil daripada pembekal Indonesia, kata ECO Shop Sdn Bhd.

“Kami ingin meminta maaf kepada semua pelanggan atas segala kesulitan yang disebabkan oleh kejadian ini.

“Kami ingin menegaskan bahawa syarikat kami tidak mempunyai sebarang niat untuk merendahkan mana-mana agama dan kepercayaan,” kata kedai rantaian runcit dalam kenyataan Facebook semalam.

Sebagai ganti rugi ECO Shop menawarkan pemulangan alas kaki untuk ditukar kepada barang lain sehingga esok.

Selepas menerima aduan pengguna, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) semalam merampas alas kaki mengandungi keratan ayat suci al-Quran di sebuah kedai di Dungun.

Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) turut menyita 500 alas kaki memiliki ciri sama di sebuah gudang pembekal alat keperluan rumah di Krubong.

Ketua Penguat Kuasa Jaim berkata produk berkenaan berasal dari Semarang Tengah, Indonesia dan dibekalkan ke pasar raya murah di Malaysia.

“Kita percaya pihak pembekal Indonesia telah menggunakan buku-buku teks sekolah terpakai untuk dijadikan lapisan bahagian dalam alas kaki,” kata Rahimin Bani seperti dilapor Kosmo!

Pengguna yang mengesan produk sama diminta menyerahkannya kepada jabatan agama daerah masing-masing.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline