Friday July 14, 2017
8:56 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pegawai Jabatan Veterinar Sarawak ketika operasi menangani wabak anjing gila di Kampung Lebor, Gedong, Serian, 5 Julai 2017. — Foto BernamaPegawai Jabatan Veterinar Sarawak ketika operasi menangani wabak anjing gila di Kampung Lebor, Gedong, Serian, 5 Julai 2017. — Foto BernamaMELAKA, 14 Julai — Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dimasukkan ke Hospital Melaka pada Rabu lepas kerana dipercayai mengidap penyakit anjing gila.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Ghazali Othman berkata kanak-kanak berketurunan Bidayuh dari Sarawak itu dipercayai digigit anjing gila di Serian, Sarawak baru-baru ini.

“Bapa mangsa merupakan seorang askar yang bekerja di Melaka dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata mangsa berada dalam keadaan stabil dan pihaknya sedang memantau perkembangan mangsa secara terperinci. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline