Monday March 20, 2017
11:37 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas pemilihan jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa dengan hanya mendapat 37 undi. — Foto oleh Yusof Mat IsaNik Abduh Nik Abdul Aziz tewas pemilihan jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa dengan hanya mendapat 37 undi. — Foto oleh Yusof Mat Isa

SHAH ALAM, 20 Mac — Ketua Pemuda PAS rasa “lebih gembira” dan “tidak terasa hati” selepas tewas pemilihan jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa kelmarin.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas dengan mendapat 37 undi manakala penyandangnya Dr Izani Husin mendapat 209 undi, laporSinar Harian.

“Menang gembira, kalah lebih gembira...istiqamah, bertanding biasa sahaja itu, latihan,” katanya kepada portal itu.

Anak bekas mursyidul am PAS itu bagaimanapun menganggap penolakan akar umbi dan tindakan segelintir pihak yang memburuk-burukkannya sebagai perkara biasa dalam perjuangan parti.

Yang Dipertua kawasan itu kekal disandang Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline