Thursday February 8, 2018
3:47 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ahli sains di Universiti Kebangsaan Yokohama berjaya menumbuhkan rambut daripada bahan kimia antibuih yang digunakan pada kentang goreng McDonald's. — Foto AFPAhli sains di Universiti Kebangsaan Yokohama berjaya menumbuhkan rambut daripada bahan kimia antibuih yang digunakan pada kentang goreng McDonald's. — Foto AFPYOKOHAMA, 8 Feb — Penyelidik Universiti Kebangsaan Yokohama (YNU) berjaya merawat masalah botak melalui bahan kimia dalam kentang goreng McDonald's.

Kajian tersebut menggunakan dimethylpolysiloxane, bahan kimia antibuih. Ia digunakan untuk menghasilkan 5,000 bibit umbi rambut (HFG), lapor Reuters.

Malah bahan itu amat penting dalam penyelidikan masalah kehilangan rambut.

Para penyelidik menguji bahan itu pada seekor tikus botak melalui cip HFG dan mendapati haiwan itu ditumbuhi rambut hitam dalam beberapa hari

Perincian kajian universiti itu diterbitkan dalam jurnal Biomaterials. Kajian itu membantu rawatan menumbuhkan semula rambut manusia. 

Iklan

Iklan

MMO Instagram