Wednesday January 3, 2018
5:46 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Mohamad Hasan dikenakan penggantungan seumur hidup dari bermain bola sepak sejak 40 tahun lalu. ― Foto ihsan Facebook/Syahril A. KadirDatuk Seri Mohamad Hasan dikenakan penggantungan seumur hidup dari bermain bola sepak sejak 40 tahun lalu. ― Foto ihsan Facebook/Syahril A. KadirSEREMBAN, 3 Jan ― Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui dilarang bermain bola sepak seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), sejak 40 tahun lalu.

Menteri besar itu dilayangkan kad merah susulan bantahannya menendang bola terkena pengadil selain merampas kad itu dalam satu aksi perlawanan akhir liga tempatan.

Menceritakan detik itu, Mohamad berkata selaku pertahanan beliau ditugaskan mengawal pemain kebangsaan G Torairaju “yang bagus dan laju”, lapor Utusan Online.

“Saya dilayangkan kad kuning (selepas mengkasari Torairaju) tetapi saya bantah dan tendang bola sehingga terkena pengadil,” katanya.

“Pengadil tunjukkan kad merah, saya rampas kad dari tangan pengadil dan baling lalu tersangkut di atas pokok.

“Saya tidak boleh bermain lagi selepas itu, ia adalah perlawanan terakhir saya secara rasmi.”

Sekalipun menyandang jawatan presiden PBNS, beliau tidak mahu penggantungan itu ditarik balik walau ada desakan supaya ia ditamatkan.

“Tetapi saya kata tidak perlu, kerana saya salah dan saya layak dibuang padang,” katanya.

Perlawanan antara NS Malays dan NS Indians itu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline