Friday November 10, 2017
8:24 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat sementara lori pasir berkenaan dirampas bagi membantu siasatan. ― Paparan skrin GooglePolis berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat sementara lori pasir berkenaan dirampas bagi membantu siasatan. ― Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 10 Nov ― Seorang jururawat yang sedang hamil tiga bulan maut selepas  motosikal yang ditungganginya dipercayai bertembung dengan sebuah lori pasir di di Jalan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Noorazlia Idris, 26, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tasik Puteri selepas tamat tugas di sebuah pusat perubatan swasta di Rawang.

“Mangsa menunggang motosikal melalui tempat kejadian telah bertembung dengan lori pasir yang dipercayai membuat pusingan U sebelum memasuki jalan yang dilalui mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.

Ali berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat sementara lori pasir berkenaan dirampas bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline