Monday February 5, 2018
6:37 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Kuantan memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai kerabat diraja Pahang manakala seorang wanita yang menjual gelaran ‘Datuk’ diberkas. — Paparan skrin GooglePolis Kuantan memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai kerabat diraja Pahang manakala seorang wanita yang menjual gelaran ‘Datuk’ diberkas. — Paparan skrin GoogleKUANTAN, 5 Feb — Seorang wanita ditahan kerana terlibat dengan sindiket menjual gelaran darjah kebesaran Pahang yang tidak wujud.

Suspek mengiklan pembelian “darjah kebesaran” sejak tiga minggu lalu dan dijadual bertemu pembeli 23 Februari ini, lapor Berita Harian.

Diupah seorang lelaki yang menyamar sebagai kerabat diraja Pahang, wanita itu menjual gelaran “Datuk” dan “Datuk Seri” pada harga RM180,000 hingga RM400,000.

“Suspek menggunakan Facebook bagi mengiklankan tawaran berkenaan sebelum dia ditahan,” kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang.

Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek, 39 tahun, ditahan jam 6 petang di sebuah restoran di Chow Kit di sini, Jumaat lalu dan direman empat hari sehingga esok.

Polis masih memburu lelaki, usia 40-an, yang mengupah suspek. Kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan

Iklan

MMO Instagram