Last updated Wednesday, April 26, 2017 12:04 am GMT+8

Thursday January 5, 2017
5:38 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Enggan mengulas desas-desus masalah dengan Joe, Awie berjanji kumpulan Wings tidak akan berpecah dan berkubur. — Foto oleh Choo Choy MayEnggan mengulas desas-desus masalah dengan Joe, Awie berjanji kumpulan Wings tidak akan berpecah dan berkubur. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 5 Jan — Menolak dakwaan kumpulan rock Wings bakal berpecah, Awie menegaskan mereka masih kukuh ibarat keluarga dan tidak akan berkubur.

Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, bagaimanapun enggan mengulas khabar angin penyingkiran pemain gitar utama kumpulan itu Joe.

“Istimewanya Wings adalah kami seperti keluarga dan perkara ini (pergaduhan) jika ada akan diselesaikan dengan baik.

“Cuma buat masa ini tidak ada apa-apa yang boleh saya kongsi. Wings tidak akan berkubur, itu janji saya,” katanya kepada portal Utusan Malaysia.

Portal itu juga melaporkan desas-desus pengguguran Joe timbul selepas Konsert Wings 30 Tahun “Live” @ Kota Kinabalu bulan lalu ditunda pada saat akhir.

Joe, atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 48, didakwa menjadi punca kegagalan konsert tersebut yang dijadual diadakan di Stadium Likas.

Namun Awie mengakui Wings mengalami masalah dalaman kepada portal mStar Online tetapi menegaskan beliau masih berhubung baik dengan Joe.

“Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu kerana ia adalah masalah dalaman kumpulan Wings.

“Biarlah kami selesaikannya secara baik terlebih dahulu, kemudian kami akan jelaskan kepada media,” katanya seperti dilaporkan.

Joe pada Jun tahun lalu dilaporkan sedang sibuk menganjurkan pertandingan “War of Band-Joe Wings Mencari Protege”.

Pertandingan mencari pelapis pemuzik rock generasi baru itu perlu melalui tiga saringan dan acara akhir diadakan 26 November lalu.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline