Saturday August 5, 2017
4:55 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

 Selain meminta Pemuda Amanah menghormati bekas tokoh Umno bersama PH, Salahuddin Ayub juga menyeru mereka tidak menjadi 'tali barut musuh'. — Foto oleh Saw Siow Feng Selain meminta Pemuda Amanah menghormati bekas tokoh Umno bersama PH, Salahuddin Ayub juga menyeru mereka tidak menjadi 'tali barut musuh'. — Foto oleh Saw Siow Feng BATU PAHAT, 5 Ogos — Parti Amanah Negara (Amanah) akan melawan semula Tun Dr Mahathir Mohamad jika bekas tokoh Umno itu belot daripada Pakatan Harapan (PH). 

Namun timbalan presidennya percaya mantan perdana menteri, yang kini pengerusi PH, akan tetap bersama pembangkang, lapor portal Sinar Harian.

"Ramai orang kata 'tak takut kalau Mahathir belot?'... Kalau beliau belot kita lawanlah balik dia, tetapi saya percaya dia akan tetap bersama kita," kata Salahuddin Ayub.

Beliau mengulas keraguan dan penentangan penyokong pembangkang apabila Dr Mahathir bergabung dan memimpin pakatan empat parti pembangkang. 

"Jika kami ini jahat, inilah masanya untuk bunuh karier politik Mahathir tetapi kita tidak lakukannya sebab masih menghormati beliau," kata Salahuddin lagi.

Beliau berucap demikian dii konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2017 hari ini.

Tambahnya, Amanah tidak sangsi perjuangan individu yang pernah memimpin Umno dan malah menggesa ahli parti itu menghormati mereka.

Salahuddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dua bekas pemimpin kanan Umno, boleh diterima ramai. 

"Mengapa kita tidak boleh menerima Tun Mahathir?" tambahnya. "Lebih ramai bekas pemimpin tertinggi dalam pakatan lagi bagus. 

"Sekurang-kurangnya mereka tahu cara dan dalaman parti Umno berkenaan serta mempunyai strategi menumbangkannya." 

Selain menyeru ahli-ahli tidak memusuhi anggota PAS, bekas pemimpin kanan parti Islam itu menggesa mereka tidak membocorkan maklumat kepada "musuh". 

"Saya mengingatkan Pemuda supaya tidak menjadi tali barut, menjual maklumat dan strategi kepada pihak tertentu, termasuklah kepada Bukit Aman kerana tidak mahu tersungkur di pintu kemenangan," katanya seperti dilaporkan.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline