Thursday September 14, 2017
11:38 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sebahagian pelajar dan guru tidak dapat menyelamatkan kerana tingkap Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berjeriji dan hanya ada satu pintu keluar. ― Foto oleh Facebook/Hanisya Abdul HamidSebahagian pelajar dan guru tidak dapat menyelamatkan kerana tingkap Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berjeriji dan hanya ada satu pintu keluar. ― Foto oleh Facebook/Hanisya Abdul HamidKUALA LUMPUR 14 Sept Tingkap berjeriji dipercayai punca pelajar tahfiz sukar menyelamatkan diri dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi ini.

Timbalan pengarah jabatan bomba dan penyelamat Kuala Lumpur berkata mereka cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap.

“Bagaimanapun, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji menyukarkan mereka untuk keluar tambahan pula hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut,” kata penolong pesuruhjaya bomba Abu Obaidat Mohamad.

Beliau berkata kebakaran dipercayai berpunca dari litar pintas di hadapan pintu masuk bilik asrama di tingkat dua bangunan itu.

Katanya kemungkinan itu berdasarkan mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama.

Sementara itu, ketua polis Kuala Lumpur dipetik Bernama berkata dakwaan pusat tahfiz itu tiada permit operasi masih disiasat.

Sinar Harian pula melaporkan, ada orang awam cedera ketika cuba membantu menyelamatkan pelajar dan guru pusat tahfiz itu.

Namun, Ahmad Billien Zakaria, 34, berkata kebanyakan orang awam tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak dan asap tebal.

"Sampai di sini, lihat memang dah ramai penduduk dan pemuda datang berkumpul untuk cuba menolong, tapi kami tidak dapat berbuat apa sebab api dan asap tebal.

"Apa yang saya dimaklumkan, sebelum saya sampai, ada saksi beritahu mendengar jeritan meminta tolong," katanya.

Sebahagian penduduk yang cuba membantu pelajar hanya sampai ke pintu masuk asrama akibat bahang kebakaran, lapor Berita Harian.

Babul Amir, 21, berlari menaiki tangga bangunan selepas terdengar jeritan pelajar di tingkat dua dan nampak dua pelajar terbaring di katil.

Rakannya, Muhd Ridzwan Abdullah 21, berada di tangga untuk membantu apabila menyedari beberapa serpihan bumbung jatuh.

"Hati saya luluh apabila saya sudah nampak dua orang pelajar terbaring di dalam asrama namun saya tidak dapat membantu membawa mereka keluar," katanya.

Pemandu, Baharuddin Sudin, 48, berkata ada antara pelajar cuba memecahkan cermin tingkap dan memanjat keluar menggunakan saluran paip di tepi bangunan.

"Saya cuba naik untuk membantu membawa mereka keluar tapi gagal.

"Perkara yang amat memberi kesan kepada saya ialah apabila bunyi jeritan meminta tolong itu tiba-tiba senyap lebih kurang lima minit selepas asap hitam keluar," katanya.

Seorang kontraktor, Shahirman Shahril, 39, dan beberapa penduduk menjerit kepada pelajar supaya melompat ke bawah.

"Saya dan penduduk cuba menyambut mereka di bawah, namun disebabkan ketinggian tingkat berkenaan, sukar untuk kami sambut mereka. Mereka melecur dengan teruk," katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline