Friday May 19, 2017
8:30 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Amerika Syarikat di bawah pentadbiran presiden Donald Trump telah menarik diri daripada menyertai TPP sekaligus mengurangkan ahli TPP kepada 12 negara. — Foto ReutersAmerika Syarikat di bawah pentadbiran presiden Donald Trump telah menarik diri daripada menyertai TPP sekaligus mengurangkan ahli TPP kepada 12 negara. — Foto ReutersTOKYO, 19 Mei — Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan rakan sejawatannya dari New Zealand Bill English pada Rabu bersetuju meneruskan kerjasama di bawah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) walaupun tanpa Amerika Syarikat, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Selain itu, kedua-dua pemimpin turut bersetuju bekerjasama berkaitan perkembangan terkini isu teknologi nuklear dan peluru berpandu Korea Utara dan isu Laut Cina Selatan.

Pada satu sidang media bersama, Perdana Menteri Jepun berkata sebagai menggalakkan perdagangan bebas, Jepun dan New Zealand mempunyai matlamat merealisasikan TPP lebih awal dan mencapai keputusan awal mengenai perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dalam kalangan 16 negara Asia Pasifik.

Menurut English pula, New Zealand akan berusaha dengan Jepun untuk memajukan pakatan penting itu dan menyatakan hasrat negaranya mengetuai perbincangan peringkat menteri mengenai TPP bersama dengan 11 negara anggota di Vietnam pada Ahad.

Jepun dan New Zealand telah mengesahkan TPP dengan melengkapkan prosedur domestik.

Amerika Syarikat di bawah dasar pentadbiran Presiden Donald Trump telah menarik diri daripada menyertai TPP sekaligus mengurangkan ahli TPP kepada 12 negara.

Mengulas mengenai isu Korea Utara, Abe berkata pendekatan tegas Jepun berhubung isu itu adalah selari dengan tingkah laku provokatif Pyongyang.

Ini merupakan lawatan pertama English ke Jepun sejak mengambil alih jawatan pada Disember tahun lepas.

Selepas mesyuarat itu, Jepun dan New Zealand turut menandatangani memorandum persefahaman untuk menggalakkan pertukaran maklumat dan sumber manusia dalam bidang sukan. — Bernama

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline