Wednesday September 13, 2017
7:56 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Negeri Sembilan mencatatkan kes penipuan 'Macau scam’ paling tinggi sebanyak RM1.7 juta dengan jumlah 84 kes dalam tempoh Januari-Ogos tahun ini. ― Paparan skrin GooglePolis Negeri Sembilan mencatatkan kes penipuan 'Macau scam’ paling tinggi sebanyak RM1.7 juta dengan jumlah 84 kes dalam tempoh Januari-Ogos tahun ini. ― Paparan skrin GoogleSEREMBAN, 13 Sept ― Peningkatan ketara dalam kes jenayah komersil bagi tempoh lapan  bulan pertama tahun ini mengakibatkan kerugian sebanyak RM4.33 juta, berbanding RM1.77 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kes penipuan “Macau scam” mencatatkan jumlah kerugian tertinggi RM1.7 juta dengan jumlah 84 kes dalam tempoh Januari-Ogos tahun ini berbanding RM158,736 dengan 22 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Modus operandi kes penipuan ini ialah suspek akan menyamar sebagai pegawai Bank Negara atau pegawai polis dan mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram.

“Mangsa kemudian diarahkan untuk memindahkan wangnya sebagai langkah keselamatan ke satu akaun yang diberikan suspek untuk sementara waktu dan mangsa menyedari ditipu setelah wang tidak dikembalikan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini semalam.

Noor Azam berkata, jenayah komersial lain seperti kes penipuan pembelian barang menerusi internet, penipuan pinjaman tidak wujud dan penipuan parcel scam juga menunjukkan peningkatan bagi  tempoh  berkenaan tahun ini.

“Statistik bagi penipuan pembelian barang melalui internet mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM1.15 juta  dengan 286 kes tahun ini berbanding RM272,975 dan 109 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Bagi kes penipuan pinjaman yang tidak wujud, jumlah kerugian yang dicatatkan ialah sebanyak RM698,964 dengan 103 kes pada tahun ini berbanding tahun lepas hanya RM211,760 dan 34 kes.  

Mengulas lanjut, beliau berkata penipuan parcel scam hanya menunjukkan peningkatan bilangan kes iaitu sebanyak 67 kes pada tahun ini berbanding 60 kes pada tahun lepas namun kerugian berkurang dari RM1.12 juta pada tahun lepas susut kepada RM785,731 pada tahun ini.

Noor Azam menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya serta terpengaruh dengan keuntungan yang datang bergolek dan tawaran yang tidak masuk akal seperti barang berjenama yang dijual dengan harga terlalu murah. ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline