Thursday June 16, 2016
12:00 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Gen-Y Malaysia setia dengan barangan berjenama Malaysia berbanding negara lain. ― Foto oleh Choo Choy MayGen-Y Malaysia setia dengan barangan berjenama Malaysia berbanding negara lain. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 16 Jun ― Pengguna generasi Y (Gen-Y) Malaysia didapati sangat setia menyokong jenama barangan tempatan.

Ini berdasarkan kaji selidik oleh syarikat pemasaran Brand Alliance dengan kerjasama Fakulti Perniagaan Open University Malaysia (OUM) melibatkan lebih 6,000 responden lima negara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, dan China secara atas talian dan bersemuka.

Barangan melibatkan 50 kategori antaranya termasuklah pasaran online, makanan dan minuman, barangan pengguna, barangan elektronik, serta kecantikan dan kesihatan.

Berbanding dengan Gen-Y negara lain, rakyat Malaysia memilih barangan berdasarkan keperluan. Berbeza dengan Gen-Y China yang memilih jenama import dan barangan mewah kerana pengaruh gaya hidup.

Secara umum, nilai dan kualiti produk sama penting dengan barangan berjenama bagi Gen-Y Malaysia. Produk buatan Malaysia dan jenama yang dihasilkan di Malaysia selari dengan gaya hidup kebanyakan responden.

Ia terbukti dalam beberapa kategori, antaranya pemilihan kereta, restoran hingga kepada jenama kopi dan biskut.

“Hasil kajian menunjukkan Gen-Y mengenali barangan buatan Malaysia dan jenama tempatan kerana ia mendapat liputan meluas dan diiklan melalu media.

“Ia juga menunjukkan barangan tempatan sangat dikenali di pasaraya tempatan, pusat beli-belah dan cawangan kedai di negara ini,” kata Prof Madya Dr Zorah Abu Kassim dari Fakulti Perniagaan OUM.

Gen-Y merangkumi mereka yang berumur antara 21 dan 31 tahun dalam kajian ini.

Berikut merupakan antara jenama yang menjadi pilihan Gen-Y di Malaysia (tidak mengikut turutan):

Kereta: Honda, Mazda, Toyota, Perodua, Proton

Motosikal: Ducati, Honda, Yamaha, Kawasaki

Telefon bimbit: Apple, Samsung, Sony, Nokia, Lenovo

Komputer riba: Apple, Lenovo, Acer, Dell, Asus

Kamera: Canon, Nikon, Sony, Olympus, GoPro

Roti: Gardenia, High 5, Massimo, Top Baker, Sunshine

Minuman ringan: Coca-Cola, A&W, Pepsi, 100 Plus, 7-Up

Kopi: Nescafe, Old Town White Coffee, Ah Huat White Coffee, Kopiko

Jus: Tropicana Twister, F&N Magnolia, Peel Fresh, Sunkist

Susu: Marigold HL, Dutch Lady, Hershey’s Goodday, Farmhouse

Biskut: Julie’s Jacob’s, Munchy’s, Hup Seng

Minuman keras: Hoegaarden, Carlsberg, Absolut, Tiger, Johnnie Walker

Syarikat penerbangan (bajet): Malindo Air, Firefly, AirAsia

Coklat: Kit Kat, Cadbury, Hershey’s, Kinder Bueno, Ferrero Rocher

Kosmetik: L’Oreal, Maybelline, MAC, Safi, The Body Shop

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline