Monday April 4, 2016
3:34 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata pertandingan ratu cantik dilarang di negara ini tetapi seorang tetamu menyifatkan ia hanya satu persembahan. — Paparan skrin Google      Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata pertandingan ratu cantik dilarang di negara ini tetapi seorang tetamu menyifatkan ia hanya satu persembahan. — Paparan skrin Google KUALA LUMPUR, 4 April — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyerbu majlis makan malam anjuran kumpulan mak nyah yang turut mempersembahkan acara "pertandingan ratu cantik". 

Peguam dan aktivis Siti Kasim, yang hadir di majlis tertutup itu di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi, berkata seorang penganjur ditahan. 

"Pegawai Jawi memberitahu saya menganjurkan pertandingan ratu cantik bercanggah dengan undang-undang — ia  ‘haram’ di Malaysia, berdasarkan fatwa,” katanya kepada Malay Mail Online hari ini.

Siti menegaskan acara tersebut bukanlah satu pertandingan ratu cantik tetapi hanya satu persembahan. 

Katanya, kira-kira 10 anggota penguatkuasa jabatan agama itu, bersama kumpulan wartawan, tiba di hotel tersebut kira-kira jam 10 malam tadi. 

Mereka menghalang tetamu majlis tersebut, yang dihadiri kira-kira 200 mak nyah, meninggalkan lokasi sewaktu serbuan itu. 

* Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline