Last updated Friday, December 09, 2016 1:44 pm GMT+8

Tuesday November 29, 2016
1:04 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelakon Janna Nick ingin terus menyanyi lagu kedua selepas ‘Mungkin Saja’ gagal masuk peringkat akhir  Anugerah Juara Lagu. ― Foto oleh Choo Choy MayPelakon Janna Nick ingin terus menyanyi lagu kedua selepas ‘Mungkin Saja’ gagal masuk peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. ― Foto oleh Choo Choy MaySHAH ALAM, 29 Nov — Bergandingan bersama Ashraf Muslim bukan halangan bagi pelakon Janna Nick untuk menjayakan drama 28 episod arahan Michael Ang.

Janna, nama popular Nurul Jannah Muner berkata walaupun terdapat batasan ketika membintangi “Biar Aku Jadi Penunggu” namun keserasian tetap ditonjolkan demi menjayakan drama tersebut.

“Berlakon dengan Ashraf pada mulanya saya agak risau sebab beliau antara pelakon yang tidak bersentuhan ala-ala ustaz.

“Bila pelakon yang ada batas ini, saya takut susah nak cipta keserasian tetapi bila sudah duduk sekali alhamdulillah senang dapat keserasian itu.

“Saya hormati syarat dia. Setiap pelakon mesti ada prinsip dia sendiri. Bila dia kata begitu. Saya ikut sajalah,” katanya kepada ProjekMMO.

 

“Biar Aku Jadi Penunggu” dijangka akan menemui penonton hujung bulan depan dalam slot Akasia di TV3.

Kisah yang diadaptasi daripada novel nukilan Arsha mengisahkan Iffat Hamani lakonan Janna berkahwin dengan Afeef Adwan lakonan Ashraf selepas dipertemukan di bangku sekolah.

Drama ini turut dilakonkan Shah Iskandar, Miera Liyana, Wilma Mohamad dan Mahmud Ali Basha.

Janna, 21, berkata walaupun Ashraf dikenali menjaga batas hubungan dalam lakonan namun pengamal poligami itu tetap memberi kerjasama baik dalam lakonan.

“Kita kena cari alternatif lain untuk hasilkan karya terbaik. Kalau nak cipta keserasian tetapi dia tak suka, macam mana?

“Benda itu bila dua-dua pelakon setuju nak buat, insya Allah penonton akan rasa,” katanya.

 

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline