Wednesday February 14, 2018
11:46 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Beberapa NGO menyambut baik tawaran janji perdana menteri untuk mengembalikan Stadium Shah Alam kepada skuad bola sepak Selangor. — Foto oleh Zuraneeza ZulkifliBeberapa NGO menyambut baik tawaran janji perdana menteri untuk mengembalikan Stadium Shah Alam kepada skuad bola sepak Selangor. — Foto oleh Zuraneeza Zulkifli

SHAH ALAM, 14 Feb — Janji Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan Stadium Shah Alam kepada pasukan bola sepak Selangor bukan bersifat populis.

Pengumuman perdana menteri kelmarin, jika BN menang di Selangor, sambut baik NGO kerana Najib dilihat memahami jiwa anak muda di negeri itu, lapor Kosmo!.

Beberapa NGO termasuk Alumni Gerakan Belia 4B Kota Raja menyambut baik tawaran itu dan menyifatkan bukan semua perkara wajar dipolitikkan.

“Saya bersama Badan Bertindak Penyokong Selangor tidak pernah melihat isu Stadium Shah Alam sebagai politik,” kata timbalan pengerusi Muhd Ali Zakariah.

“Sebaliknya hak rakyat Selangor yang mahu The Red Giants bermain semula di stadium itu”.

Pengerusi Rejim Ubah Selangor pula menyalahkan menteri besar Datuk Seri Azmin Ali hingga berlaku kemelut bola sepak.

Jefrizal Mohd Jaafar mendakwa Azmin menghukum Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ekoran isu dana pengurusan berkenaan dan menepis dakwaan BN “berjanji politik”.

“Sila salahkan Azmin yang awal-awal lagi bersikap tidak matang serta ego dengan permainan politiknya hingga pasukan kesayangan rakyat Selangor ini pun menjadi mangsa,” katanya.

Skuad Selangor kini bermain di Stadium Cheras untuk saingan liga tempatan susulan krisis FAS dan kerajaan negeri pada hujung 2016.

Iklan

Iklan

MMO Instagram