Friday August 4, 2017
3:56 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Kumaran berkata sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil langkah segera bagi membendung kegiatan jenayah melibatkan pelajar. — Foto BernamaKumaran berkata sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil langkah segera bagi membendung kegiatan jenayah melibatkan pelajar. — Foto BernamaLANG, 4 Ogos — Jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah di seluruh Selangor dilihat masih membimbangkan, sekalipun berlaku trend penurunan jumlah kes dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor Datuk K Kumaran berkata kebanyakan pelajar dilaporkan cenderung terbabit dengan kegiatan jenayah itu merangkumi kes samun, pecah rumah, rogol, gengsterisme dan buli selain menyertai kumpulan kongsi gelap.

"Bermula 2012 hingga Julai tahun ini, terdapat trend penurunan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini, yang mana pada 2012 jumlah kes mencatatkan 1,247, diikuti 2013 sebanyak 1,418 kes, 2014 (856 kes), 2015 (558 kes) dan pada tahun lepas meningkat sedikit 781 kes manakala dari Jan hingga Julai tahun ini pula hanya 167 kes.

"Walaupun jumlah itu agak rendah berbanding populasi sebenar pelajar di seluruh negeri ini, namun pemerhatian serius wajar diberikan bagi membendung kegiatan jenayah ini daripada terus berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen ‘Anti Gengsterisme, Budaya Buli dan Gejala Sosial’ Peringkat Sekolah Menengah Daerah Klang Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas di sini, hari ini.

Turut hadir Pengetua SMK Sri Andalas Kalsom Redzuan.

Kumaran berkata pihak berkuasa, sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil langkah segera bagi membendung kegiatan jenayah melibatkan pelajar sebelum ia menular serta memberi kesan buruk kepada negara.

"Dalam usia muda, mereka (pelajar) sangat mudah terpengaruh dengan kegiatan kurang sihat, sebab itu pendekatan proaktif termasuk mengadakan kempen kesedaran selain mengawasi pergerakan pelajar ini perlu dilaksanakan berterusan,” katanya. — Bernama

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline