Last updated Sunday, December 11, 2016 12:21 am GMT+8

Wednesday October 19, 2016
2:27 PM GMT+8

TERKINI:
October 19, 2016
06:00 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Jamal Md Yunos ditahan reman selepas ditangkap di KLIA bagi membantu siasatan kes pergaduhan dengan kumpulan Bersih 2.0. — Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Jamal Md Yunos ditahan reman selepas ditangkap di KLIA bagi membantu siasatan kes pergaduhan dengan kumpulan Bersih 2.0. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 19 Okt — Pemimpin utama kumpulan Baju Merah ditahan reman atas dakwaan membuat ugutan peristiwa 13 Mei bakal berulang, kata peguamnya hari ini.

Datuk Jamal Md Yunos ditahan bawah Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaaan bagi kesalahan jenayah dan ugutan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ketua bahagian Umno Sungai Besar ditahan dua hari bagi membantu siasatan.

"Beliau ditahan berkaitan dakwaan mengenai coretan 13 Mei dan perkataan 'parang terbang'," kata peguamnya Imran Tamrin ketika dihubungi Malay Mail Online.

Sebelumnya Jamal disangka ditahan di lapangan terbang KLIA berkaitan insiden pergaduhan penyokong Baju Merah dengan kumpulan Bersih 2.0 di Kuala Selangor baru-baru ini.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline