Thursday December 7, 2017
8:00 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang pemuda berusia 24 tahun cedera dipukul tujuh individu di Jalan Berangan, Kluang, kerana menjalin cinta dengan isteri orang. ― Foto oleh Choo Choy MaySeorang pemuda berusia 24 tahun cedera dipukul tujuh individu di Jalan Berangan, Kluang, kerana menjalin cinta dengan isteri orang. ― Foto oleh Choo Choy MayJOHOR BARU, 7 Dis ― Gara-gara menjalin hubungan cinta dengan isteri orang, seorang pemuda berusia 24 tahun cedera dipukul tujuh individu di sebuah kedai makan di Jalan Berangan, Kluang, dekat sini, Isnin lalu.

Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu turut mengakibatkan ibu bapa mangsa serta teman wanitanya bersama bayi lelakinya berusia setahun cedera masing-masing di mata, kepala, muka dan bahagian hidung.

Pwemuda berkenaan pula mengalami bengkak di mata kanan, retak di lengan kiri dan lebam di beberapa bahagian akibat dipukul menggunakan kayu cota.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang menikmati makan malam bersama keluarganya dan teman wanitanya.

Mereka kemudian secara tiba-tiba didatangi enam lelaki dan seorang wanita yang terus memukul mangsa, bapanya dan teman wanitanya.

Tidak cukup dengan itu, suspek juga cuba memisahkan wanita berkenaan dengannya hingga mengakibatkan kecederaan pada hidung kanak-kanak terbabit, sebelum suspek bertindak membawa lari mangsa, teman wanitanya dan kanak-kanak itu dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona.

Bagaimanapun, susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa, polis telah berjaya menangkap enam daripada suspek berusia antara 16 hingga 53 tahun di sebuah rumah di Taman Melodies, di sini, kira-kira jam 4 pagi semalam. Seorang lagi suspek pula masih bebas.

Polis turut merampas sebatang kayu cota yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa dalam serbuan di rumah berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada masalah keluarga yang mana kesemua suspek merupakan anggota keluarga isteri mangsa yang tidak berpuas hati terhadap keluarga mangsa kerana membenarkan mangsa mempunyai hubungan dengan teman wanitanya yang juga isteri orang yang masih dalam proses penceraian.

“Isterinya itu berniat mahu memisahkan hubungan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurut Mohamad, kesemua mangsa telah dibawa Hospital Enche Besar Hj Kalsom, Kluang untuk rawatan manakala suspek pula direman selama seminggu mulai hari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 325/324 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. ― Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline