Monday March 20, 2017
7:59 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Jakim menafikan dakwaan di media sosial coklat 'Eyeglass With Candy' mengandungi unsur babi. — Foto ihsan Facebook/HabHalalJakimJakim menafikan dakwaan di media sosial coklat 'Eyeglass With Candy' mengandungi unsur babi. — Foto ihsan Facebook/HabHalalJakimKUALA LUMPUR, 20 Mac — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan coklat "Eyeglass With Candy" mengandungi bahan ramuan daripada sumber haram seperti yang tersebar di media sosial.

Bahagian Hab Halal Jakim berkata coklat berbentuk bulat dengan pelbagai warna keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd itu adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga kini.

"Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera 'free from pig's products and its derivatives' (bebas daripada produk babi dan asal usulnya)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu proses pengeluaran sijil berkenaan mengambil kira setiap ramuan dan proses berkaitan pengeluaran sesuatu produk dengan teliti, oleh pakar syariah dan teknologi makanan.

Justeru, Jakim menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna bijak bagi mengelak menyebar dan menular sesuatu isu yang bersifat fitnah tanpa disedari. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline