Thursday October 12, 2017
11:42 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Zamihan ditahan polis 11 Oktober 2017 berikutan kandungan ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman manakala Jakim mahu membawanya ke lembaga tatatertib. ― Paparan skrin YouTubeZamihan ditahan polis 11 Oktober 2017 berikutan kandungan ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman manakala Jakim mahu membawanya ke lembaga tatatertib. ― Paparan skrin YouTubeKUALA LUMPUR, 12 Okt — Pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zin bakal dihadap ke lembaga tatatertib, kata ketua pengarahnya.

Tan Sri Othman Mustapha berkata Zamihan sudah dipanggil untuk penjelasan lanjut kerana pihaknya memandang serius terhadap ceramah berkaitan dobi “Muslim”.

“Ceramah beliau yang telah dimuat naik dalam YouTube didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap DYMM Sultan Johor,”  katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Othman berkata Zamihan, yang juga presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), seorang pegawainya yang berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri dan ditempatkan di Penjara Kajang.

Zamihan, ditahan polis petang semalam, pula menyatakan beliau sudah tidak lagi bertugas dengan Jakim sejak 13 tahun lalu.

Beliau ditahan berikutan ceramahnya yang didakwa mengkritik sultan dan berbaur perkauman di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lepas. Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline