Thursday October 12, 2017
11:52 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Walau menafikan, Zamihan Mat Zin disiasat bawah Akta Hasutan dengan dakwaan mengkritik sultan berhubung isu kedai dobi ‘Muslim sahaja’. — Paparan skrin video YouTubeWalau menafikan, Zamihan Mat Zin disiasat bawah Akta Hasutan dengan dakwaan mengkritik sultan berhubung isu kedai dobi ‘Muslim sahaja’. — Paparan skrin video YouTubeSHAH ALAM, 12 Okt — Ceramah Zamihan Mat Zin digantung sementara di semua masjid dan surau di negeri ini, menurut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Melalui surat yang dikeluarkan pengarah Jais, Datuk Haris Kasim berkata tindakan itu diambil kerana pendakwah berkenaan sedang disiasat polis.

“Memandangkan beliau sedang di bawah siasatan pihak polis, maka selaku pentadbir masjid dan surau di peringkat akar umbi diarahkan untuk menggantung sementara semua ceramah yang disampaikan Zamihan,” katanya.

Zamihan hari ini direman dua hari berhubung kenyataannya mengenai kedai dobi “Muslim sahaja”.

Pegawai Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu disiasat berhubung dakwaan mengkritik teguran sultan Johor pada pemilik kedai tersebut.

Beliau yang ditahan semalam bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu disiasat bawah Seksyen 4 Akta Hasutan berhubung ceramahnya di Shah Alam, Ahad lalu.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline