Last updated Tuesday, January 24, 2017 1:04 pm GMT+8

Sunday January 8, 2017
1:06 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Asyiela Putri Azhar, 17, mula melakonkan watak suara Upin dan Ipin sejak umur 10 tahun. — Foto oleh Saw Siow FengAsyiela Putri Azhar, 17, mula melakonkan watak suara Upin dan Ipin sejak umur 10 tahun. — Foto oleh Saw Siow FengSHAH ALAM, 8 Jan ― Tujuh tahun membawa nama “Upin dan Ipin,” pelakon suara Asyiela Putri Azhar mengakui pengalaman menambahkan keyakinan dan mematangkannya.

Tidak pernah bosan mengucapkan “betul, betul, betul,” Asyiela, 17, berjaya mengikis sifat pemalu sejak kecil selepas memegang watak animasi kanak-kanak kembar sejak tahun 2010.

“Saya dulu seorang yang pemalu. Kalau ada pertandingan apa-apa saya takut nak masuk. Saya segan nak bercakap dengan orang,” katanya dalam wawancara bersama ProjekMMO.

“Tapi selepas menjadi suara Upin Ipin ini, keyakinan diri lebih tinggi. Jalan ceritanya juga banyak mesej dan pengajaran yang mendidik.”

Asyiela terpilih menggantikan Nur Fathiah Diaz bermula musim keempat ketika usianya 10 tahun.

Akui sukar menjiwai dua watak dalam pelbagai situasi termasuk sedih dan gembira, Asyiela sentiasa mengulang kaji untuk meningkatkan mutu suaranya.

“Upin Ipin adalah kanak-kanak yang periang. Kalau nak berdialog, muka saya pun kena riang. Saya kena fahami babak-babak tertentu untuk nada suara saya sesuai.

“Selalunya pihak penerbit akan bantu saya menerangkan babak,” katanya lagi.

Asyiela perlu menyesuaikan nada suaranya dalam pelbagai situasi.Asyiela perlu menyesuaikan nada suaranya dalam pelbagai situasi.Sebagai selebriti, Asyiela juga tidak dapat lari daripada kritikan masyarakat terutamanya di media sosial.

Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, katanya pengalaman mengajar dirinya mengawal emosi dengan lebih bijak.

“Upin Ipin ini ada peminat dia sendiri tapi adalah juga orang suka mengecam. Dari pengalaman, saya belajar cara kawal emosi.

“Saya tidak bertindak terburu-buru dan marah [dengan kecaman] tidak tentu hala,” katanya.

Animasi terbitan Les’copaque bersiaran sejak tahun 2007 melalui saluran TV9.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline