Sunday June 18, 2017
5:54 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Izara berkata pihak yang menyebarkan video itu mengejutkannya kerana majlis berkenaan sudah lama berlalu. — Foto oleh Choo Choy MayIzara berkata pihak yang menyebarkan video itu mengejutkannya kerana majlis berkenaan sudah lama berlalu. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 18 Jun — Selepas video memaparkan sisi payudaranya tersebar bulan lalu, pelakon Izara Aishah menganggap ia satu teguran Tuhan.

Izara, 24, berkata antara pengajaran daripada insiden itu ialah dia lebih berwaspada dalam mengikuti arus fesyen semasa.

“Saya mengaku tindakan saya dulu kurang tepat hingga saya dikecam hebat. Semua itu membuka mata saya supaya tidak terlalu ghairah mengikut arus fesyen.

“Insiden itu juga menyedarkan saya, ada mata yang memandang dan sentiasa mencari kesilapan diri.

“Saya anggap itu sebagai teguran daripada Allah supaya tidak leka.

“Saya perlu sedar, saya mempunyai tanggungjawab kepada peminat dan patut memberikan contoh terbaik,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Pelakon filem Polis Evo pada bulan lalu terpaksa memohon maaf selepas menerima kecaman ramai susulan video lamanya tersebar di media sosial.

Video dia menghadiri satu acara fesyen disebarkan melalui kumpulan WhatsApp, kononnya ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular 30.

“Video itu sudah lama dan bukanlah daripada [majlis] Anugerah Bintang Popular yang baru sahaja berlalu,” katanya.

Tidak pasti kandungan asal, pihak yang menyebarkannya dan berapa lama rakaman video tersebut.

Namun satu video yang dimuatkan di media sosial hanya selama tiga saat sewaktu beliau sedang berjalan masuk.

Mengulas lanjut, Izara berkata pihak yang menyebarkan video itu mengejutkannya kerana majlis berkenaan sudah lama berlalu.

“Saya agak terkejut mengapa baru sekarang video itu disebarkan sedangkan acara itu berlangsung tahun lalu.

“Memang saya silap kerana cuai malah mama dan ayah juga memarahi saya kerana berani berpakaian begitu.

“Sejak itu saya semakin berhati-hati dalam memilih pakaian,” dia dilaporkan berkata.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline