Last updated Tuesday, September 27, 2016 8:20 am GMT+8

Thursday September 22, 2016
5:23 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Izara Aishah dilaporkan sedang bercinta dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza. ― Foto ihsan Instagram/Izara AishahIzara Aishah dilaporkan sedang bercinta dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza. ― Foto ihsan Instagram/Izara AishahKUALA LUMPUR, 22 Sept ― Memberikan sepenuh perhatian dalam dunia lakonan, pelakon Izara Aishah menjadikan Datuk Siti Nurhaliza sebagai inspirasi dalam bidang seni.

Menurutnya, heroin filem “Pilot Cafe” ini kagum dengan “bakal mertuanya” yang berjaya dalam kariernya.

"Saya sendiri belajar dalam bidang persembahan seni dan media. Saya mahu memberikan impak untuk diri sendiri. Saya ingin menjadi seperti Datuk Siti Nurhaliza yang berjaya di pentas seni," katanya kepada Berita Harian.

 

 

A photo posted by Izara Aishah (@izaraaishahofficial) on

 

Izara yang sedang bercinta dengan anak tiri penyanyi nombor satu negara itu juga berkata tidak terfikir untuk menceburi bidang lain dan lakonan adalah pendapatan utama.

"Lakonan pula sudah sebati dalam diri saya dan ia menjadi minat yang terus berkembang. Jadi pada tahap sekarang, saya serius dalam hal ini kerana ia adalah punca rezeki. Kini, bukan masanya untuk saya main-main lagi.

"Saya masuk dalam industri seni ini pun bukan semata-mata hendak mendapatkan duit atau ingin menjadi terkenal, tetapi saya mahu meningkatkan mutu lakonan," kata teman wanita Adib Khalid, anak tiri Siti.

 

 

Syaiful Baharim @syaifulbaharim @syaifulbaharimkl

A photo posted by Izara Aishah (@izaraaishahofficial) on

 

Mengakui masih mengasah bakatnya, Izara turut menafikan dirinya ekslusif sebalik mengutamakan tawaran penerbit yang mempunyai skrip cerita yang bagus.

"Tiada istilah eksklusif pun dalam diri ini. Namun, saya memang benar-benar bersikap selektif ketika memilih sebarang tawaran yang datang.

"Saya mengutamakan skrip yang bagus. Jadi, kalau cerita yang ditawarkan agak merepek, saya sendiri susah hendak menerimanya,"katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline