Thursday February 4, 2016
4:00 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Atikah Suhaime kembali menjalani penggambaran selepas dibeku selama enam bulan. — Foto ehsan Instagram/Atikah SuhaimeAtikah Suhaime kembali menjalani penggambaran selepas dibeku selama enam bulan. — Foto ehsan Instagram/Atikah SuhaimeKUALA LUMPUR, 4 Feb — Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth menjelaskan pelakon Atikah Suhaime kembali menjalani penggambaran seperti biasa selepas dibekukan selama enam bulan.

David Teo berkata tempoh pembekuan selama enam bulan diambil oleh stesen TV bagi memastikan kebenaran dakwaan pelakon wanita itu terlibat dalam video seks yang dikatakan melibatkan dua orang lagi lelaki.

"Ya, dia dibekukan selama enam bulan oleh stesen televisyen kerana isu itu dan sudah berakhir Disember lalu.

“Sekarang dia mula dipanggil semula untuk beberapa tawaran berlakon drama. Itu adalah proses normal bagi stesen televisyen yang mahu pelakon bersih daripada kontroversi.

“Mereka mahu lihat bukti sahih sama ada melibatkan artis itu atau tidak," katanya kepada mStar Online.

 

Kombinasi menarik tertarik kau memang da Bomb! @atikahsuhaime #VolkswagenKuning #MiGArtis #Metrowealth #Malaysia

A photo posted by MiG Online (@migonline) on

David berkata pihaknya sudah menyiasat kontroversi membabitkan Atikah namun tidak menemukan sebarang bukti.

"Saya ambil serius perkara ini kerana ia menjejaskan masa depan pelakon saya. Saya juga sudah siasat dan memang perkara tersebut tidak benar sama sekali.

"Mungkin juga berita buruk tersebut disebarkan oleh pesaing-pesaingnya dalam industri ini yang tidak senang dengan kehadiran Atikah," beliau dilaporkan berkata.

Atikah pula dilaporkan kini mengurangkan pergaulan dengan rakan artis bagi mengelak kontroversi sama berulang lagi.

"Sejak kontroversi itu, tawaran agak kurang tapi tahun ini ada beberapa drama yang masih dalam perbincangan.

"Kini saya memang letakkan hadkan untuk bergaul dengan rakan artis jika bukan waktu bekerja kerana tidak mahu mencetuskan kontroversi seperti yang sudah terjadi," katanya kepada portal itu. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline