Tuesday May 16, 2017
6:14 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tun Dr Mahahtir Mohamad (kanan) bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) di majlis pelancaran lagu dan laman web PPBM di Shah Alam pada 7 Januari 2017. ― Foto oleh Saw Siow Feng Tun Dr Mahahtir Mohamad (kanan) bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) di majlis pelancaran lagu dan laman web PPBM di Shah Alam pada 7 Januari 2017. ― Foto oleh Saw Siow Feng KUALA LUMPUR, 16 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS tidak mengikut perintah al-Quran untuk bekerjasama dalam hal-hal kebaikan dalam berpolitik. 

“Bahawa al-Quran melarang berpakat untuk membuat jahat, dan sebaliknya berpakat hanya untuk amal ma’aruf tidak sedikit pun dipedulikan oleh PAS dan pemimpinnya,” kata bekas perdana menteri itu di blognya hari ini. 

Beliau dipercayai merujuk al-Maidah ayat 2 yang menggesa umat Islam sentiasa tolong-menolong dalam kebaikan dan bukannya perkara dosa dan permusuhan.

Kata bekas presiden Umno itu lagi, PAS rela bersendirian dalam pilihan raya umum nanti tetapi langkah itu hanya merugikannya dan gabungan pembangkang. 

“Pakatan Harapan dan PAS akan kalah dan Barisan Nasional akan menang,” kata Dr Mahathir, kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

“Inilah sebenarnya perjuangan PAS. Ia bukan untuk bangsa dan agama. Ia bertujuan melemahkan orang Melayu.”

Beliau mendakwa lagi bahawa pengikut PAS begitu fanatik terhadap parti itu sehingga “sanggup membelakangkan Islam dan al-Quran.”

Beliau mengulangi coretannya di blog tersebut sebulan lalu yang menyatakan sikap PAS berkenaan hanya menguntungkan Umno.

“Sekarang PAS akan bertanding kononnya untuk melawan Umno, tetapi sebenarnya untuk memberi kemenangan kepada Umno,” coretnya. 

Tegasnya, sejarah kerjasama PAS dalam pilihan raya menunjukkan parti itu bertambah banyak kerusi parlimen tetapi merosot apabila bersendirian. 

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline