Friday November 10, 2017
10:41 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tun Dr Mahathir Mohamad didesak memohon maaf kepada komuniti Bugis apabila menuduh Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘lanun Bugis yang sesat’. — Foto oleh Yusof Mat IsaTun Dr Mahathir Mohamad didesak memohon maaf kepada komuniti Bugis apabila menuduh Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘lanun Bugis yang sesat’. — Foto oleh Yusof Mat Isa

PUTRAJAYA, 10 Nov — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa “menghina” masyarakat Bugis.

Penegasan itu dibuat susulan desakan naib presiden Indonesia supaya beliau memohon maaf berhubung dakwaannya pada 14 Oktober lalu, lapor Sinar Harian.

“Saya tidak kata apa pun kepada Yusuf Kalla atau semua orang Bugis. Saya kata pasal Bugis, Najib (Datuk Seri Najib Razak) sahaja,” katanya.

“Jadi saya tidak kata apa pun kepada Yusuf Kalla,” kata Dr Mahathir, ini pengerusi Pakatan Harapan, selepas berforum di sini semalam.

Media Indonesia melaporkan Yusuf terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir, apabila mengaitkan Najib sebagai “lanun Bugis yang sesat” ke Malaysia.

Dakwaan di himpunan antikleptokrasi iyu juga mencetus kemarahan pelbagai pihak termasuk Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM).

Dr Mahathir berkata beliau sedia memberi keterangan berhubung perkara itu kepada polis, yang telah membuka dua kertas siasatan, jika diminta.

“Itu dia [polis] punya kerjalah. Dia memang kena buka kertas siasatan. Kalau dipanggil [beri keterangan] saya kena pergilah,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline