Tuesday January 10, 2017
8:37 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seramai 42 pasangan pengantin baru bergambar bersama selepas Majlis Nikah Jama’ie Syar’ie peringkat negeri Perak 2016 di Seri Iskandar 16 Sept 2016. — Foto Bernama Seramai 42 pasangan pengantin baru bergambar bersama selepas Majlis Nikah Jama’ie Syar’ie peringkat negeri Perak 2016 di Seri Iskandar 16 Sept 2016. — Foto Bernama KUALA LUMPUR, 10 Jan — Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharuskan isteri meninggalkan rumah tanpa izin suami sekiranya terdapat ancaman yang diiktiraf syarak.

Jawatankuasa yang bersidang pada 20 Disember lalu memutuskan isteri boleh meninggalkan rumah jika tiada penyelesaian terhadap masalah berat yang dihadapi.

“Sekiranya isteri pada anggapan yang kuat merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau hartanya berada dalam keadaan bahaya yang diiktiraf oleh syarak.

“Tidak mempunyai jalan keluar dan tidak mampu untuk ditanggung jika terus berada di rumah suami, maka isteri diharuskan keluar sekalipun tanpa keizinan suami.

“Begitu juga jika suami gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai atau nafkah yang mencukupi.

“Maka isteri boleh keluar rumah rumah tanpa mendapat izin suami dan tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat menunaikan tanggungjawabnya,” menurut jawatankuasa itu.

Kenyataan jawatankuasa itu disiarkan di laman Facebook milik mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin petang ini. 

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline