Monday November 6, 2017
5:25 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tertuduh (tengah) diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret Ampang Jaya, 3 Nov 2017 ― Foto oleh Razak GhazaliTertuduh (tengah) diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret Ampang Jaya, 3 Nov 2017 ― Foto oleh Razak GhazaliALOR SETAR, 6 Nov — Kedah tidak pernah menganugerahkan gelaran “Datuk Seri” kepada individu yang didakwa baru-baru ini kerana memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), seperti yang dilaporkan media.

Ketua setiausaha sulit Sultan Kedah Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata ini kerana gelaran tersebut hanya dikurniakan secara terhad khas kepada kerabat diraja yang paling kanan, pembesar negeri dan individu yang banyak berjasa kepada negeri dan negara.

“Banyak pihak mengambil kesimpulan bahawa individu yang ditangkap tersebut adalah penerima “Datuk Seri” daripada Tuanku Sultan Kedah.

“Sukacita saya maklumkan bahawa Kedah tidak pernah menganugerahkan gelaran “Datuk Seri” kepada penama tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 3 Nov lepas, individu itu yang mendakwa ‘Datuk Seri’, Liow Soon Hee, 29, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi pertuduhan menyerang dan mencederakan tiga anggota Rela berkenaan, dibenar diikat jamin namun ditahan semula berhubung kes dadah.

Mengenai dakwaan bahawa individu terbabit memegang kad ahli kehormat Persatuan Kerabat Diraja Kedah, beliau memaklumkan bahawa persatuan itu telah dibatalkan pendaftarannya pada 2013 atas titah perintah almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menjadi Sultan Kedah ketika itu.

“Antara sebab pembatalan tersebut adalah pemberian keahlian kepada mereka yang bukan ahli kerabat diraja negeri Kedah,” katanya. — Bernama 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline