Last updated Friday, December 09, 2016 1:43 pm GMT+8

Wednesday November 30, 2016
12:07 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Juanda berkata dosa individu di tempat tertutup adalah hak masing-masing dan urusan mereka dengan Tuhan. ― Foto oleh Choo Choy MayJuanda berkata dosa individu di tempat tertutup adalah hak masing-masing dan urusan mereka dengan Tuhan. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 30 Nov — Jabatan agama Islam negeri perlu kembali kepada tuntutan al-Quran agar penguatkuasaan yang dilakukan tidak bertentangan dengan kehendak syarak, kata bekas mufti Perlis.

Datuk Dr Juanda Jaya berkata penguatkuasaan seharusnya dilakukan secara tertib dan tidak bertindak ganas sehingga memberikan gambaran buruk mengenai Islam.  

“Benda dalam pagar dan bilik orang ada penghormatannya. Al-Quran pun suruh beri salam. Kalau tuan rumah tidak benarkan masuk, balik. 

“Orang yang melanggar hukum ini, mereka melanggar hukum Quran. Kita tak boleh panjat dan pecah pintu rumah orang.  

“Berpeluk-peluk atas pentas mengapa tidak tangkap? Jangan pilih kasih dalam penguatkuasaan agama. Bila pilih kasih, yang jadi mangsa adalah agama,” katanya.

Adun Jemoreng berkata demikian dalam satu wawancara bersama ProjekMMO ketika diminta mengulas serbuan pencegahan maksiat oleh jabatan agama.

Pelakon Faye Kusairi April lalu mendakwa unit kondominium dupleks keluarganya di Bukit Antarabangsa dekat Ampang diserbu selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menerima aduan bahawa dia berkhalwat dengan suami orang.

 

 

Dalam kejadian 2 pagi, Faye yang tiada di rumah, mendakwa anggota Jais memotong mangga jeriji pintu masuk sebelum mengejutkan adiknya yang sedang tidur.

Mei lalu dia berkata Jais sudah membaiki kerosakan jeriji di pintu rumahnya, namun tindakan saman masih dipertimbangkan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Pengarah Jais Datuk Haris Kasim dalam kenyataan balas berkata Faye seharusnya memberikan kerjasama ketika serbuan demi memudahkan urusan penjawat awam.

“Kalau jiran sebelah boleh dengar (kehadiran penguatkuasa Jais) dan keluar, kenapa mereka keluarga Faye enggan buka pintu?” katanya.

“Ini boleh ditafsirkan sebagai kegagalan membantu penjawat awam menjalankan siasatan.

“Kalau mereka buka pintu dan memberi kerjasama yang sewajarnya, perkara ini tidak akan berlaku. Apa yang takut jika tidak buat kesalahan?”

Bercakap kepada ProjekMMO, Juanda berkata dosa individu di tempat tertutup adalah hak masing-masing dan urusan mereka dengan Tuhan. 

“Kalau orang itu nak buat dosa secara tertutup, itu urusannya dengan Tuhan. Dia ada hak privasinya.

“Adakah bererti kita menghalalkan maksiat? Tidak sama sekali. Itu kena difahami,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline