Tuesday June 20, 2017
6:09 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tan Sri Isa Samad dan isteri dijangka memberi keterangan kepada SPRM berhubung kemelut FGV. ― Foto oleh BernamaTan Sri Isa Samad dan isteri dijangka memberi keterangan kepada SPRM berhubung kemelut FGV. ― Foto oleh BernamaKUALA LUMPUR, 20 Jun — Bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Isa Samad dan isterinya dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Isa, kini pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dijangka hadir ke Putrajaya pukul 10 pagi, lapor portal New Straits Times (NST).

Beliau yang juga pengarah eksekutif bukan bebas FGV sejak Januari 2011 meletakkan jawatan semalam, umum perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jawatannya diambil alih Tan Sri Sulaiman Mahbob sebagai pemangku.

Keputusan dibuat selepas kerajaan 7 Jun lalu melantik bekas menteri Datuk Seri Idris Jalan sebagai “orang tengah” membantu menyelesaikan kemelut FGV.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad pada 9 Jun lalu dilaporkan berkata semua saksi termasuk Isa akan dipanggil untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan.

SPRM pada 8 Jun lalu mengambil masa lapan jam mengambil dokumen-dokumen di ibu pejabat FGV.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline