Last updated Tuesday, January 24, 2017 12:54 pm GMT+8

Sunday September 18, 2016
1:35 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Keratan akhbar 'Metro Ahad' menunjukkan bomboh Mohd Farizal Ibrahim di atas sejadah. Beliau mendakwa mendapat ilmu melalui mimpi.Keratan akhbar 'Metro Ahad' menunjukkan bomboh Mohd Farizal Ibrahim di atas sejadah. Beliau mendakwa mendapat ilmu melalui mimpi.KULIM, 18 Sept — Berkat ilmu yang didakwa diperolehi melalui mimpi, sekumpulan bomoh dikatakan berjaya mengubat pesakit yang terkena sihir.

Walau ibu bapa lima beradik ini bukan pengamal perubatan tradisi, abang sulung mereka Mohd Farizal Ibrahim mendapat ilham daripada mimpi waris keturunannya, lapor Harian Metro.

“Saya hanya memperoleh ilmu bagi merawat penyakit misteri ini kira-kira setahun lalu selepas keturunan kami datang melalui mimpi lalu mengajar saya beberapa ilmu amalan yang perlu dipraktikkan bagi melawan sihir dan saka.

“Ilmu berkenaan diamalkan lalu diajar pula kepada adik beradik lain dalam merawat pesakit dengan menggunakan ayat suci al-Quran dan melakukan zikir.

“Pesakit hanya perlu menyediakan beberapa bahan mengikut jenis penyakit dihidapi mereka,” katanya seperti dilaporkan.

Kini lima beradik dari Kampung Pondok Labu Keladi di sini berhenti kerja untuk memberi tumpuan pada kegiatan perbomohan.

Selepas mendapat mimpi tersebut, Farizal mendakwa berjaya mengubati rakan yang mengidap sejenis penyakit misteri selepas beberapa kali rawatan dalam tempoh beberapa minggu.

Seorang pelanggan Abdul Rahim Pit berkata isterinya yang menderitai penyakit ganjil, seperti sering pengsan dan macam dirasuk, selama tujuh tahun dilaporkan beransur-ansur sembuh.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline