Monday February 27, 2017
3:55 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Siti Nursyafieqah Abu Bakar, 25, kini memiliki aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit, hasil amalan berjimat cermat dan bijak menguruskan kewangan. — Foto ihsan Facebook/Syafieqah A'lyaSiti Nursyafieqah Abu Bakar, 25, kini memiliki aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit, hasil amalan berjimat cermat dan bijak menguruskan kewangan. — Foto ihsan Facebook/Syafieqah A'lyaSHAH ALAM, 27 Feb — Sanggup ikat perut pada usia muda nyata memberi pulangan kepada seorang eksekutif jualan yang kini memiliki tiga aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit.

Berkongsi rahsia kejayaannya, Siti Nursyafieqah Abu Bakar, 25, juga mengorbankan masa berhibur pada usia muda untuk melakukan kerja sampingan dengan bekerja separuh masa di pasar raya, lapor Sinar Harian.

“Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan.

“Sehinggakan saya pernah dikatakan ‘gila’. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata ‘diet’ kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini,” katanya dilapor portal itu.

Maka tidak hairan kegigihan Syafieqah menular di laman sosial sejak tahun lalu apabila pada usia 24 tahun ketika itu beliau berjaya memiliki rumah teres jenis ‘superlink’ dan kereta mewah Subaru XY.

Ketika itu Syafieqah bekerja di sebuah bank dan dibayar RM1,600 sebulan, namun sikapnya yang berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan menjadi faktor kejayaannya.

“Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.

“Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB.

“Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa,” katanya.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline