Monday July 17, 2017
1:04 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Paparan video menunjukkan ikan Flowerhorn berharga RM2,845 disiang sebelum digoreng. — Foto ihsan Facebook/Saya CakapPaparan video menunjukkan ikan Flowerhorn berharga RM2,845 disiang sebelum digoreng. — Foto ihsan Facebook/Saya CakapIPOH, 17 Julai — Seorang lelaki membeli ikan flowerhorn bukan untuk dijadikan ikan hiasan di akuarium sebaliknya mahu dimakan.

Muhammad Firdaus Othman, 28, membeli ikan itu pada harga RM2,845 daripada rakannya pada 11 Julai lalu sebelum menggorengnya, lapor Sinar Harian.

“Tidak berfikir apa-apa yang pelik”, beliau menggorengnya dengan kunyit dan garam pada jam 10 pagi keesokannya serta memakannya bersama rakan serumah.

“Rasa ikan itu seperti ikan talapia tetapi lebih enak. Setakat ini saya serta rakan tidak mengalami kesan sampingan selepas makan ikan tersebut,” katanya.

Usahawan permotoran itu membuang benjolan di kepala ikan yang mengandungi lemak dan sedikit daging.

Perbuatan graduan Unversiti Malaysia Pahang terhadap ikan flowerhorn atau dalam bahasa Cina dikenali sebagai lou han, yang dimuat dalam media sosial dikecam ramai.

Sementara itu, pengarah Jabatan Perikanan Perak mengakui pertama kali mengetahui seseorang makan ikan berkenaan.

“Sebelum ini kita tahu ada orang yang makan ikan arowana walaupun ia dikategorikan sebagai ikan hiasan,” kata Dr Bah Piyan Tan.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline