Last updated Saturday, December 10, 2016 4:42 pm GMT+8

Friday December 2, 2016
12:22 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ika Nabella melangsungkan perkahwinan pada hujung Julai lalu selepas bertunang dengan Zaid, 29, dua bulan lebih awal.― Foto oleh Yusof Mat IsaIka Nabella melangsungkan perkahwinan pada hujung Julai lalu selepas bertunang dengan Zaid, 29, dua bulan lebih awal.― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 2 Dis ― Empat bulan melangsungkan perkahwinan, pelakon Ika Nabella berasa masih berada di fasa berbulan madu bersama suami tercinta, Muhammad Zaid Aznam.

Ika, 27, berkata kebahagiaan itu jelas terasa apabila keyakinannya dalam kerjaya semakin bertambah terutama selepas insidennya dipukul pengarah drama hujung tahun lalu.

“Ika rasa sangat gembira dan juga semakin banyak makan. Dari segi kerjaya, Ika rasa lebih yakin untuk pergi penggambaran dan berjumpa orang di lokasi.   

“Orang lebih menghormati dan batas-batas wanita itu lebih terjaga. Ika baru kahwin empat bulan. Jadi Ika masih menganggap ini tempoh berbulan madu.

“Ika dan suami memang mahukan cahaya mata secepat mungkin tetapi saya terikat dengan penggambaran dan suami pun sibuk kerja luar kawasan.

“Kalau ada rezeki awal alhamdulillah, kalau tiada kami masih nikmati kehidupan perkahwinan,” katanya kepada ProjekMMO

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam melangsungkan perkahwinan pada hujung Julai lalu selepas bertunang dengan Zaid, 29, dua bulan lebih awal.

Pelakon drama Awak Sangat Nakal hujung tahun lalu ditampar pengarah sewaktu menjalani penggambaran drama Dawai Asmara.

Pengarah drama tersebut mengaku bersalah dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Menceritakan detik hitam itu, Ika berkata dia sudah pun bertunang dengan Zaid dan mujur bakal suaminya mampu bersabar.

“Selepas kejadian itu, saya kata pada dia seseorang pukul saya. Dia telefon banyak kali dan minta kongsi lokasi.

“Waktu itu mungkin dia marah tetapi saya tutup telefon kerana saya rasa boleh kawal situasi itu.

“Zaid sangat penyabar. Saya pun tak nak fikir benda yang sudah lepas. Saya dah ada keluarga dan saya nak fokus pada kerjaya dan suami,” katanya.

Ditanya pengalaman berumah tangga, Ika berkata kemahiran memasak memang sudah sebati sejak sebelum mendirikan rumah tangga.

Namun, katanya, suami yang lebih menggemari makanan Barat membuatkannya perlu melayan selera suami demi kebahagiaan rumah tangga.

“Sebelum kahwin lagi saya memang pandai masak. Kawan-kawan suka datang rumah saya untuk makan. Saya lebih kepada masakan Melayu seperti bihun sup.

“Tetapi suami saya kurang minat masakan Melayu. Saya kena belajar masakan Barat yang dia suka.

“Bila saya tidak tahu menyediakan nacho, dia yang buatkan,” katanya sambil mengukir senyuman.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline