Monday November 20, 2017
4:54 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Idris Khan sibuk dengan rancangan menikahi gadis Maghribi Sanaa Jeljalane pada 20 Januari depan. — Foto ihsan Instagram/Idris KhanIdris Khan sibuk dengan rancangan menikahi gadis Maghribi Sanaa Jeljalane pada 20 Januari depan. — Foto ihsan Instagram/Idris KhanKUALA LUMPUR, 20 Nov — Pelakon Idris Khan menafikan khabar angin kononnya beliau menghamilkan bekas kekasih.

Sebaliknya Idris, 29, sibuk untuk berkahwin Sanaa Jeljalane, model Maghribi, pada 20 Januari depan.

“Tidak terkesan” dengan khabar angin, penerbit filem Gates of Lazuardi juga tertanya-tanya identiti pelakon tersebut, lapor Berita Harian.  

“Siapa agaknya yang dimaksudkan itu? Saya pun nak tahu juga. Rasanya kalau betul aktor itu diri saya, memang sahih saya dan bakal isteri tidak jadi berkahwin,” katanya.

Minggu lalu, sebuah portal mendedahkan dakwaan seorang wanita 20-an mengenai bekas kekasihnya melarikan diri selepas pelakon itu mengetahui mangsa hamil tiga bulan.

Pelakon itu didakwa mengelak perbincangan berkaitan kos rawatan pemeriksaan dan kelahiran bayi di sebuah hospital swasta.

Peminat industri hiburan sejak itu membuat tekaan termasuk mengaitkan nama Idris. 

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline