Sunday July 16, 2017
10:23 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Idris berkata PAS tidak berasa terancam dengan struktur kepimpinan baharu Pakatan Harapan kerana sudah berada lama di pentas politik. ― Foto oleh Yusof Mat IsaIdris berkata PAS tidak berasa terancam dengan struktur kepimpinan baharu Pakatan Harapan kerana sudah berada lama di pentas politik. ― Foto oleh Yusof Mat IsaBUKIT MERTAJAM, 16 Julai — PAS menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti mengaitkan parti Islam itu mendapat bantuan daripada Umno.

Naib presidennya berkata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu perlu menyedari dirinya sendiri yang terlebih banyak mengaut hasil selama menjadi perdana menteri.

“Dr Mahathir perlu berhenti tuduh PAS makan dedak Umno atau Barisan Nasional (BN).

“Sebaliknya perlu ingat sebelum ini beliau sendiri yang makan dedak selama 22 tahun ketika menerajui negara sebagai perdana menteri,” kata Idris Ahmad seperti dilaporkan Berita Harian.

Idris berkata PAS tidak berasa terancam dengan struktur kepimpinan baharu Pakatan Harapan kerana sudah berada lama di pentas politik.

Katanya, pimpinan Dr Mahathir juga bukan satu ancaman kerana bekas perdana menteri itu banyak terpalit dengan kontroversi.

“Selama ini pun PAS berhadapan dengan BN dan gabungan pembangkang ini tidak jauh beza dengan kami yang masih di blok pembangkang.

“Malah, komposisi kepemimpinan mereka bukanlah suatu faktor besar kepada parti.

“Ini kerana, Dr Mahathir sendiri adalah individu yang terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi.

“Membabitkan pemimpin pembangkang yang masih gagal dijawab selain beliau tidak layak digelar pemimpin reformasi, “ beliau dilaporkan berkata. 

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline