Thursday October 12, 2017
2:36 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Iskandar Puteri, dulu dikenali Nusajaya, memburu dua penjenayah yang melarikan Perodua Myvi hitam milik seorang wanita pagi ini. ― Paparan skrin GooglePolis Iskandar Puteri, dulu dikenali Nusajaya, memburu dua penjenayah yang melarikan Perodua Myvi hitam milik seorang wanita pagi ini. ― Paparan skrin Google

SKUDAI, 12 Okt — Seorang ibu cemas cuba bergayut pada keretanya yang dilarikan penjenayah bersama dua anak kecilnya di dalam kenderaan itu. 

Namun usaha wanita 32 tahun itu gagal apabila Perodua Myvi bersama anaknya, tiga dan lima tahun, berjaya dilarikan pagi tadi. 

Nasibnya agak baik apabila anak perempuannya ditinggalkan di tepi jalan tidak jauh dari rumah ayah mangsa di Taman Pulai Indah, lapor Sinar Harian.

Sementara abang kanak-kanak itu diturunkan di pintu masuk taman tersebut, dekat Kangkar Pulai di sini, sebelum kereta itu kemalangan.

Myvi tersebut melanggar belakang lori di Ulu Choh, Pontian kira-kira jam 8.45 pagi, lebih kurang sejam selepas insiden tersebut.

“Tiada suspek di situ kerana dipercayai telah melarikan diri bersama seorang lagi rakannya,” kata ketua polis Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamed. 

Menurut Utusan Online, kes disiasat bawah Seksyen 395/363 Kanun Keseksaan. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline