Tuesday September 12, 2017
5:38 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Beberapa laporan polis dibuat terhadap Siti Kasim berikutan kenyataannya yang diangap jelik mengenai ibadah korban. — Foto oleh Choo Choy MayBeberapa laporan polis dibuat terhadap Siti Kasim berikutan kenyataannya yang diangap jelik mengenai ibadah korban. — Foto oleh Choo Choy MayKUANTAN, 12 Sept ― Dewan Pemuda PAS dan beberapa wakil PAS kawasan hari ini membuat tujuh laporan polis terhadap peguam aktivis, Siti Zabedah Kassim dan seorang pemimpin Parti Reformasi Sabah (STAR), David Orok kerana menghina Islam dengan mengeluarkan kenyataan jelik tentang ibadah korban.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Mohamad Hazmi Dibok berkata laporan dibuat oleh beliau sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pagi tadi disusuli dengan tindakan yang sama oleh PAS kawasan Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Maran dan Kuala Krau di IPD Kuantan.

“Pada 1 dan  10 Sept lalu, Siti Zabedah menerusi akaun Facebook dipercayai miliknya telah memuat naik satu kenyataan yang menyimpang dan menyesatkan mengenai ibadah korban.

“Malah pada 5 Sept lalu, juga satu lagi status yang mengelirukan turut dimuat naik oleh David yang jelas menghina Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan di sini hari ini.

Katanya status itu adalah satu penyelewangan fakta kerana menafikan perintah Allah dan perbuatan ini merupakan tindakan melampau yang boleh menyinggung serta membangkitkan kemarahan orang Islam di negara ini.

Mohamad Hazmi berkata kenyataan itu juga boleh ditafsirkan sebagai menentang Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabar Yang di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia.

Berikutan itu, beliau meminta pihak berkuasa agar segera menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan. ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline