Wednesday August 31, 2016
9:40 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Husam mengesahkan penyertaan beliau dalam Parti Amanah Negara malam tadi. — Foto oleh Choo Choy MayDatuk Husam mengesahkan penyertaan beliau dalam Parti Amanah Negara malam tadi. — Foto oleh Choo Choy MayCYBERJAYA, 31 Ogos — Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa semalam mengumumkan beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

“Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri,” katanya ketika berucap mengumumkan perkara tersebut pada majlis Makan Malam Ambang Merdeka bersama YB Datuk Husam Musa di Cyberjaya di sini malam tadi.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.

Amanah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Harapan. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline